Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Thursday, 12 February 2015

TALAM KELADI


Bahan bahan

Lapisan Bawah


  • 200 grm tepung beras
  • 40 grm tepung ubi
  • 11/2 tsp garam
  • 300ml santan pekat - santan segar ( saya guna santan kotak je.dah tengah mlm mana nak redah cawi santan segar.xkan nak pegi pasar borong selangor plak...uhh seremmm pg sensowang)
  • 250 grm keladi - potong kiub dan kukus selama 5 mnt.dah kukus baru timbang.


(untuk kes terpencil: sis celup keladi tu dgn kaler ungu...nak lawa la kononnn..)

Cara cara

Satukan semua bahan hingga rata dan sebati kecuali keladi
Tapis ke dalam periuk.masak hingga naik wap ( sis guna kuali je senang nak kacau)
Bila adunan dah naik wap, tutup api dan masukkan keladi, kacau seketika dan masukkan dalam bekas kukusan.
Kukus selama 25 minit dgn api yg sederhana sahaja.

Lapisan Atas


  • 150 grm tepung gandum
  • 250 grm gula halus
  • 4-5 biji telur
  • 250ml santan segar
  • 500ml air
  • secubit garam
  • Sedikit pewarna purple


Cara cara

Satukan semua bahan dan adun hingga rata dan sebati
Tapis ke dalam periuk, masak hingga naik wap dan tuang ke atas lapisan bawah
kukus selama 30 minit- lapik la kain kat penutup kukus utk elak air wap menitis.

Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly 
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba <3 :)

No comments:

Post a Comment