Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Thursday 12 February 2015

Caliph Buskers Miliki Sebab tersendiri Mula Letak Harga Tinggi


Semenjak berjaya menawan hati org ramai melalui persembahan di atas pentas Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) baru-baru ini, Caliph Buskers didakwa tlh mengenakan bayaran yang tinggi untuk melakukan persembahan dan bersikap demand.

Selain itu, bayaran yang dikenakan kumpulan ini dikatakan terlalu mahal. Tidak cukup dengan itu, kumpulan ini juga dikatakan sudah mula memilih untuk mengadakan persembahan di tempat-tempat terpilih shj.

Melalui temubual daripada akhbar Kosmo! bersama Zaki iaitu salah seorang anggota paling berpengalaman dalam kumpulan tersebut, dia mengakui mereka memang meletakkan bayaran sedikit tinggi berbanding sebelum ini.

“Mereka perlu fikir mengenai kos pengangkutan dan peralatan yang kami gunakan semasa melakukan persembahan. Jika sebelum ini kami hanya menggunakan teksi untuk bergerak melakukan persembahan, namun kini kami terpaksa menyewa van untuk mengangkut peralatan kami dan semua yang terlibat”

“Sudah tentu kami hendak melakukan persembahan yang baik memandangkan kami kini sudah dikenali secara komersial. Jadi, semua kos itu diambil kira dalam memastikan mutu persembahan kami,” katanya memberi penjelasan.

Menurut Zaki, mengenai soal kenaikan harga tersebut, mereka sebenarnya telah merujuk dan juga dinasihati oleh beberapa pihak yang sudah lama berada di dalam lapangan seni.

“Jika dahulu kami mengenakan bayaran sekitar RM1,000 untuk melakukan persembahan di rumah kenduri kahwin, namun kini kami mengenakan bayaran sekitar RM2,000 utk melakukan persembahan.

“Bayaran tersebut sudah diambil kira dari segala aspek termasuk caj pengangkutan, peralatan dan sebagainya. Selain itu, secara purata, dalam sehari kami terpaksa memenuhi dua jemputan persembahan,” katanya lagi.

Berharap agar pihak lain memahami keadaan mereka ketika ini, kami melihatkan Caliph Buskers kini perlu tabah dalam menghadapi asam garam dunia seni hiburan .

SUMBER
KOSMO!

No comments:

Post a Comment