Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Thursday, 12 February 2015

Hadiah ulangtahun paling bermakna bagi Wan Maimunah


JOHOR BAHRU – Pelakon terkenal tanah air, Wan Maimunah  Abdul Aziz , 61 menyifatkan pembukaan Restoran Haji Pool di Larkin Idaman, di sini , merupakan hadiah paling bermakna sempena ulang tahun perkahwinannya yang pertama bersama suami .

Menurut Wan Maimunah yang lebih mesra dipanggil ibu, suaminya, Makpol Saimon,54 mengimpikan utk membuka sebuah restoran  selepas mengusahakan perniagaan yang dikenali sebagai Kacang Pool Haji  sejak 20 tahun lalu .

“Alhamdulillah , ibu sangat bersyukur kerana dengan izin Allah… impian suami untuk membuka sebuah restoran yang menjadi impiannya sejak sekian lama , dan paling bermakna ia genap setahun kami bernikah ," katanya .

Biarpun memberi fokus terhadap rumah tangga dan membantu perniagaan suaminya, Wan Maimunah menegaskan dia tidak pernah sesekali meninggalkan lakonan yang telah menjadi minatnya sejak dari awal penglibatannya dalam dunia hiburan.

Sebelum mendirikan rumah tangga sekali lagi, Wan Maimunah pernah terlintas untuk bersara dalam lakonan sekiranya bertemu jodoh .

“Inilah orangnya (Makpol) yang meminta ibu untuk tidak berhenti berlakon, ibu masih lagi menerima tawaran namun dengan status ibu sekarang perlu lebih selektif bukan shj dari aspek watak namun lokasi pengambaran juga perlu di ambil kira .

“Ibu juga tidak boleh berjauhan dengan suami dalam tempoh lama, malah suami juga meminta ibu menguruskan restoran ini  kerana ia adalah salah satu cara mempromosikan perniagaan bagi menarik lebih ramai pelanggan,” katanya .

Sementara itu Makpol juga memaklumkan beliau sentiasa menyokong minat isterinya dalam bidang lakonan dengan syarat watak diterima lebih kepada imej muslimah.

“Saya lebih suka sekiranya isteri membawakan watak dan imej muslimah dan bersesuaian dengan usia. Dalam usia begini mencari keredhaan Allah untuk membawa bekalan ke sana adalah paling utama,” katanya .

Menceritakan perniagaannya yang semakin berkembang , Makpol memaklumkan memperuntukkan kira-kira RM100,000 untuk membuka restorannya yang sebelum ini telah membuka empat cawangan Kacang Pool Haji di medan selera membabitkan empat lokasi .

“Bagi masa akan datang saya juga merancang membuka Francais kerana permintaan yang terlalu tinggi.

“Saya juga amat bersyukur kerana Kacang Pool Haji menerima sambutan luar biasa daripada pelanggan luar Johor termasuk Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur menyebabkan saya mengambil keputusan membuka restoren bagi menerima jumlah pelanggan yang ramai dalam satu masa,”katanya.

Wan Maimunah juga memaklumkan keistimewaan Kacang Pool Haji adalah menggunakan ramuan asli tanpa garam dan serbuk perasa di samping kacang yang diimport di samping resipi rahsia Makpol .
Sumber Sinar Harian.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly 
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

No comments:

Post a Comment