Bahan-Bahan :
● 4 Ekor Ketam (saiz sederhana)
● ½ biji nenas
● 5 ulas bawang merah
● 2 ulas bawang putih
● 2 batang serai
● ½ inci kuntit hidup
● 3 biji cili merah
● 10 biji cili api
● 1 biji santan
● garam secukup rasa
● serbuk perasa
Cara-caranya :
1. Bawang merah, bawang putih, cili merah, cili api dan kunyit hidup di blender hingga hancur.
2. Ketam yang telah dibersihkan dibelah dua dan masukkan ke dalam periuk. Nenas yang telah dibersihkan dipotong kecil-kecil dan dimasukkan kedalam periuk.
3. Masukkan bahan yang telah diblender tadi bersama dengan 2 batang serai yang telah diketuk ke dalam periuk berisi nenas dan ketam tadi. Kemudian tutup periuk dan buka api dengan perlahan.
4. Setelah air dari bahan yang diblender dan ketam serta nenas tadi hampir kering barulah dimasukkan santan. Kacau dan setelah ia mendidih barulah dimasukkan garam serta serbuk perasa secukup rasa. Didih kan sebentar sahaja dan sedia untuk dihidangkan.
Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.
Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com
Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)
Selamat mencuba <3 :)
No comments:
Post a Comment