Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Saturday 17 January 2015

RESEPI BISKUT MARJERIN


Bahan-bahan

2 cawan Marjerin
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastard
1 cawan tepung jagung
1 cawan gula kastor
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
Sedikit pewarna kuning telur ( tak yah letak pun takpe )
Hirisan buah ceri merah.

Cara-caranya.

1.Pukul marjerin dengan gula hingga kembang.

2.Masukkan telur,esen vanila dan pewarna kuning.Kacau dengan sudip kayu/plastik hingga sebati.

3.Masukkan tepung jagung,tepung kastard dan tepung gandum sedikit demi sedikit.Uli sebentar.

4.Bentukkan dengan acuan bunga ( ikut suka nak bentuk apa ) dan hias dengan ceri merah ( nak kaler lain pun boleh )

5.Bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celsius selama 10- 15 minit.(pastikan bahagian bawah biskut berwarna perang).

6.Bila telah masak,sejukkan sebentar dan simpan dalam bekas kedap udara.

Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly 
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba <3 :)

No comments:

Post a Comment