Bahan-bahan
13gm serbuk agar-agar (1 packet)
400gm ubi kentang (4-5biji)
2 biji telur
400ml susu sejat (1 tin)
250ml santan pekat (1 cawan)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh garam
350gm gula (1 1/2 cawan)
1250ml air (5 cawan)
2 sudu besar coklat emulco
Loyang 9 x 9"
Cara-cara :
1. Kupas kentang, potong 4, rebus hingga empuk. Tos dan ketepikan.
2. Satukan kentang, telur, santan pekat, susu sejat, esen vanila dan garam di dalam pengisar dan kisar hingga halus. Ketepikan.
3. Masak serbuk agar-agar, air dan gula, hingga mendidih. Perlahankan api dan tuang kentang yang di kisar tadi. Kacau rata dan masak selama 2-3 minit.
4. Bahagikan kepada 2 bahagian, satu adunan asal dan 1 bahagian di tambah coklat emulco.
5. Tuang adunan asal, masukkan ke dalam peti sejuk biarkan beku. Cakar sedikit permukaannya dan tuang adunan coklat ke atasnya. Simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.
*** Untuk puding kentang polkadot, ambil satu straw besar dan cucuk beberapa lubang di atas agar-agar dasar tadi, keluarkan agar-agar di dalamnya. Kemudian tuang agar-agar coklat ke atasnya.
*** Untuk corak marble, tuang adunan asal berselang seli dengan adunan coklat hingga habis.
Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.
Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)
Selamat mencuba <3 :)
No comments:
Post a Comment