Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Tuesday 6 January 2015

Biskut Suji Crystal




Bahan A(diayak bersama)

250gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh baking soda

Bahan B

125gm gula icing
1/8 sudu teh garam
100gm badam kisar (dipanggang)
1/2 sudu teh perisa vanila
200gm minyak sapi (cairkan dan sejukkan)

Perwarna : pink, hijau dan kuning
Hiasan: gula kaster

Cara-cara :

1. Satukan bahan A dan bahan B kecuali pewarna. Gaul perlahan-lahan sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 20 minit atau lebih.

2. Bahagikan doh kpd 3 bahagian dan letakkan tiga jenis perwarna secukupnya.

3. Susunkan ketiga-tiga doh ini kpd satu doh yg panjang dan bahagikan doh ini kpd 10gm setiap doh.

4. Bulat-bulatkan doh dan susun didalam loyang pembakar.
Panaskan ketuhar. Bakar pd suhu 150c selama 15-20 minit.

5. Biarkan sejuk dan salutkan dengan gula kaster. 

Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly 

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba <3 :)

No comments:

Post a Comment