PUDING MANGGA |
Selain dimakan begitu sahaja, mangga ini boleh dibuat jus, dan diolah menjadi pencuci mulut yang menyegarkan. Bukan sahaja sedap rasanya, bahkan buah ini juga banyak khasiatnya bagi manusia.
PUDING MANGGA
Bahan-bahan:-
5 gram serbuk jelly "konnyaku"
625 ml air (2 1/2 cawan)
4 camca besar gula pasir
200 ml susu sejat "IDEAL"
200 gram isi mangga masak*
125 ml air*(*dikisar halus)
2-3 titik pewarna kuning
Hirisan mangga untuk hiasan
Daun pudina untuk hiasan
Cara membuatnya:-
01. Dalam periuk, satukan air, gula dan serbuk jelly, kacau hingga larut dan masak dengan api sederhana sambil dikaau selalu hingga mendidih.
02. Masukkan 2-3 titik pewarna kuning, kacau rata.
03. Alih periuk dari api. Tuang puree buang mangga tadi dan kacau dengan whisk hingga rata ,
04. Kemudian masukkan susu cair, kacau hingga rata. Isi dalam bekas sesuai, biar hingga hilang wap panasnya.
07. Simpan dalam peti sejuk selama 1 - 2 jam atau hingga keras. Hidangkan bersama hirisan mangga dan juga selitkan daun pudina sebagai hiasan
sumber.. Cheq mat
P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.
Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com
Kalau Nak Share SILA Komen “ SAYA SHARE ” Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )
Selamat mencuba!!!
No comments:
Post a Comment