Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Sunday, 12 April 2015

SOTONG BAKAR PERCIK.. TERLAJAK LAZAT ..

SOTONG BAKAR PERCIK
     Kebiasannya, kita membeli ayam percik di kedai pasar malam.  Aroma harum ayam dipanggang, dan kuah percik siraman menjadiakn ayam percik menjadi kegemaran ramai.
     Kepada penggemar maknan laut iaitu sotong, mari kita cuba resepi ni pula.  Sotong bakar percik.. Pasti yummy... 

SOTONG BAKAR PERCIK

Bahan-bahan:
8 ekor sotong yang besar.
10 biji cili kering (**).
5 biji cili padi (**).
5 biji cili merah (**).
1 labu bawang besar (**).
2" halia (**).
2" lengkuas (**).
2 batang serai (**).
1 helai daun kunyit - dihiris halus.
4 helai daun limau purut - dihiris halus.
1 batang serai - dititik.
1 sudu besar air asam.
Garam dan perasa secukupnya.

Cara menyediakan:

01.  Bersihkan sotong dan potong.

02.  Sapukan sedikit garam pada sotong dan bakar hingga masak. Kemudain susun didalam pinggan.

03.  Kisar bahan2 bertanda (**). 

04.  Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 yang telah dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.

05.  Masukkan serai yang telah dititik, daun kunyit, daun limau, air asam beserta garam dan perasa. 

06.  Masak lagi hingga mendidih.

07.  Tuangkannya ke atas sotong yang telah disusun di dalam pinggan. 

08.  Sedia untuk dinikmati.

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen “ SAYA SHARE ” Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!
Show comments
Hide comments

1 comment: