KUZI AYAM |
Saffron ini sangat mahal oleh itu lama-kelaman resepi kuzi ini berubah berbagai-bagai versi. Mari kita cuba resepi yang lazat ini..
KUZI AYAM
Bahan untuk diperap:
1 ekor ayam, potong 12 bahagian
3 ulas bawang putih
sedikit garam
Bahan untuk digoreng:
250 ml minyak masak
15 ulas bawang merah, dihiris nipis
2 biji bawang besar, potong dadu
1/2 cawan kepingan gajus
1/2 cawan kismis
hati dan pedal ayam, potong kiub
garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk kuah:
5 ulas bawang merah, ditumbuk halus
4 ulas bawang putih, ditumbuk halus
3 sudu besar rempah briyani, bancuh dengan air menjadi pes
125 ml air
3/4 tin susu cair
120 gram (1 tin kecil) tomato puri
2 batang serai, dititik
2 helai pandan, carik dan simpul
Cara Penyediaan:
01. Tumbuk bawang putih bersama garam, dan lumurkan pada ayam. Perap seketika dan ketepikan.
02. Beralih pula kepada bahan untuk digoreng. Panaskan minyak dan goreng bawang merah yang dihiris nipis tadi. Angkat dan toskan.
03. Kemudian dalam minyak yang sama, goreng pula gajus cukup sekadar kekuningan dan angkat. Goreng pula kismis selama 4-5 saat.
04. Goreng bawang besar sehingga lembut dan diikuti pula pedal dan hati sehingga masak.
05. Teruskan pula dengan menggoreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan toskan.
06. Dalam minyak yang sama, tumis bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk halus sehingga naik bau.
07. Masukkan daun pandan, serai dan rempah briyani. Kacau sehingga rempah masak dan pecah minyak.
08. Masukkan tomato puri, ayam, pedal dan hati, bawang goreng, kismis, badam, air dan susu cair. Masak selama 20-30 minit.
09. Tambahkan sedikit air jika kuah kering. Kacau sehingga kuah pekat.
10. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
11. Hidangkan bersama taburan badam, daun ketumbar dan bawang goreng.
P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.
Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com
Kalau Nak Share SILA Komen “ SAYA SHARE ” Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )
Selamat mencuba!!!
No comments:
Post a Comment