KUIH TALAM ABC |
Talam ABC, berbagai warna, berbagai perasa, menambahkan lagi selera untuk menikmatinya. Sesuai untuk bersarapan dan hidangan minum petang. Selamat mencuba..
KUIH TALAM ABC
Lapisan Bawah
Bahan (A):
2 cawan tepung beras
4 sudu besar tepung Hoen Kwee (putih)
1 cawan santan pekat
3 cawan air
1 cawan gula kastor
1/2 sudu kecil garam
Bahan (B):
1 cawan cendol (toskan airnya)
1 cawan whole kernel corn (toskan airnya)
1 cawan kacang merah (yang telah direbus dan toskan airnya)
Cara-cara:
1.Satukan bahan A dan dikacau hingga sebati.
2.Masak atas api sederhana sehingga naik wap.(separuh pekat)
3.Masukkan bahan (B) dan gaul hingga sebati.
4.Tuang ke dalam loyang yang dialas plastik dan disapu minyak kelilingnya.
Lapisan Atas
Bahan-bahan:
1 cawan gula kastor
2 cawan air
1 cawan santan pekat
1 1/2 cawan tepung gandum
3 biji telur
1/2 sudu kecil garam
Sedikit pewarna pink
Cara-caranya:
1.Satukan semua bahan-bahan untuk lapisan atas, kacau sehingga rata.
2.Masak sehingga naik wap.(sedikit pekat)
3.Cakar sedikit gunakan garfu lapisan bawah dan tuangkan adunan lapisan atas.
4.Kukus lagi selama 25 minit.
5.Biarkan betul-betul sejuk barulah dipotong menggunakan pisau plastik supaya cantik.
Sumber:- Kak asma & yatie
P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.
Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com
Kalau Nak Share SILA Komen “ SAYA SHARE ” Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )
Selamat mencuba!!!
No comments:
Post a Comment