Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Friday, 13 March 2015

PETUA KESIHATAN HARIAN

BUNGA CINA
Cantiknya bunga cina ni.  Sudahlah berwarna putih bersih, bertingkat kelopak, harum pula baunya, banyak pula manfaat untuk penjagaan kesihatan.  Bunga berbagai guna rupannya. Boleh merawat   demam kuning, reumatisme dan juga sakit otot. Kudup bunganya pula dicampurkan dengan teh untuk mendapatkan bau wangi dalam air teh yang diminum. Kegunaan lain pokok bunga Cina adalah bunganya boleh dijadikan minyak wangi. 


DAUN SIRIH
Daun Sirih mempunyai banyak manfaat.  Ia dapat membantu menghilangkan bau badan, untuk mengatasi keputihan, mengesatkan dan mengencangkan organ intim, serta menghilangkan bau tak sedap kewanitaan, mengatasai sembelit dan meringan rasa gatal-gatal pada kulit

TEMBIKAI
Tembikai  merah dan kuning memang biasanya penjadi pilihan untuk pencuci mulut. Selain dijadikan jus, ia mempunyai manfaat lain juga. Ia dapat mencegah penyakit asma. Mengawak tekanan darah, Mengurang kesakitan otot, menjadikan kulit sihat dan menyembuhkan sakit kepala dan penyakit paru-paru.

BUAH KIWI
Buah kiwi, Rasanya sedikit masam dan manis.  Terdapat dalam 2 warna iaitu kuning dan hijau.  Dengan memakan 2 biji buah kiwi sehari, tubuh kita mendapat bekalan nutrisi yang mencukupi. Ia mengandungi dua kali ganda jumlah vitamin C berbanding limau. Ia sangat berguna bagi pesakit yang menghidap kencing manis kerana mengandungi indeks glisemik (GI) yang rendah serta mengandungi serat sama tinggi dengan hidangan emping bijirin.

No comments:

Post a Comment