Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Saturday 14 March 2015

MACARONI CHEESE YUMMY...

MACARONI CHEESE
Kepada penggemar makanan western, tentu sahaja hidangan macaroni cheese ni tidak asing lagi.  Hidangan yang berharga RM 25.00 ini biasa terdapat di restoran yang menyediakan western food style. Mari kita cuba resepi ini ea.. Hidangan ringkas, memgenyangkan dan hidangan lengkap ini memang berbaloi.

RESEPI MACARONI CHEESE
Bahan-bahan A:-
1 pek elbow makaroni
500 gm daging kisar
5 ulas bawang Putih - dicincang
2 labu bawang besar ’Holand’ – dicincang
2 biji lada benggala – dipotong kiub
1 pek sayur campur – ’mixed vegetables’
1 tin cendawan butang – dipotong kiub
1 tin tomato puri
1 tin ’stewed tomatoes’
1 cmb lada hitam serbuk
1 cmt ’mixed herbs’
Mentega/minyak zaitun
Garam
Gula

Bahan-bahan  B:
1 botol susu segar
6 biji telur

Bahan C:
1 pek keju parut ’pizza topping’
Sos Mayonis:
8 biji cili merah
3 ulas bawang putih
3 cmb jus limau nipis
3 cmb mayonis
Garam
Gula

Cara Memasak (A):
  • Rebus makaroni sehingga empuk, tos dan sejukkan sebentar.  Panaskan mentega/mnyak zaitun di dalam periuk.  Apabila sudah panas, masukkan bawang putih dan bawang besar yang telah dicincang, masak sehingga naik bau. 
  • Masukkan daging kisar dan seterusnya masukkan sayur campur ’mixed vege’, cendawan butang dan lada benggala yang telah dipotong kiub.  Seterusnya masukkan tomato puri dan ’stewed tomatoes’ dan masak sehingga agak pekat.  
  • Masukkan lada hitam, ’mixed herbs’ dan perasakan.  Padamkan api, satukan sos daging bersama makaroni yang telah direbus tadi.

Cara Memasak (B):
  • Pukul telur dan susu segar sehingga sebati.  Masukkan makaroni yang telah sedia ke dalam loyang aluminiumfoil, tekan sedikit sehingga agak mampat.  
  • Curah adunan susu dan telur ke atas makaroni sehingga sama paras.  Tabur keju parut ’pizza topping’ di atasnya & bakar sehingga masak.

Cara membuat sos mayonis:
  • Masukkan cili merah dan bawang putih ke dalam mesin pengisar, mesin sehingga lumat.  
  • Satukan bahan yang telah dimesin bersama mayonis.  Perasakan dengan jus limau nipis, garam dan gula.

Cara Menghidang:
Hidangkan makaroni yang telah siap dibakar bersama-sama sos mayonis.




No comments:

Post a Comment