Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Friday, 20 March 2015

KEK KUKUS LAPIS BISKUT MERRY.. MERIAH N GEBU...

KEK KUKUS LAPIS BISKUT MERRY
     Cantik kejadian kek kukus lapis miskut merry ni.  Meriah gitu warnanya.  Tektturnya lembab, wangi dan tambah menyelerakan dengan biskut merry perasa kopi tu.  Sesuai untuk hidangan minum petang. Kalau mahu hidangan lebih berkhasiat, hidangkan bersama segelas susu. Selain kenyamg, dapat menabah tenaga untuk badan.  Selamat mencuba semua..

Resepi Kek Kukus Lapis Biskut Merry

Bahan-bahan :
3 biji telur grade A
110 gm gula kastor
110 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu besar ovalette
75 ml susu cair
1/2 sudu kecil garam
50 ml minyak jagung/masak
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna merah, kuning dan oren - ikut suka
Biskut merry secukupnya - perasa kopi

Cara-Cara :

  1. Didihkan air dalam periuk kukusan. Ayak tepung gandum dan baking powder kedalam manggkuk adunan.
  2. Kemudian campur kesemua bahan-bahan lain ke dalam mangkuk adunan kecuali minyak, biskut merry dan pewarna.
  3. Pukul adunan dengan kelajuan tinggi selama 5 minit hingga sebati dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dengan spatula hingga sebati.
  4. Alas loyang dengan kertas minyak dan glis dengan sedikit butter.
  5. Bahagiakan adunan kepada 3 bahagian sama banyak dan diletak pewarna yang digemari dan dikacau rata.
  6. Ratakan adunan pertama dan susun biskut merry diatasnya dan kukus selama 5 minit dengan api sederhana kecil dalam kukusan yang telah dipanaskan dulu.
  7. Buat lagi dengan adunan kedua dan susun biskut diatasnya kukus lagi 5 minit. Dan buat lagi dengan adunan terakhir dan kukus lagi selama 10 minit.
  8. Setelah kek masak, biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas rak dawai supaya sejuk.
Sumber: CT Delima

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)


Selamat mencuba!!!
    Show comments
    Hide comments

    1 comment: