Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Friday 20 March 2015

KUEY TEOW LADNA SPECIAL

KUEY TEOW LADNA
Hidangan lengkap dalam 1 pinggan.  Kabohidrat, lauk, sayuran, manis, lemak, pedas dan manis semua jadi 1. Kene pulak jus carrot... Peeerrggghhh... Memang tak toleh kanan kiri...
Bahannya tidaklah sebanyak mana.  Mudah dicari.  Cara menyediakan pun ringkas.. Tapi ingat, Makan semasa panas..  Dah sejuk tak sedap pul..  Selamat mencuba..
RESEPI KUEY TEOW LADNA 

Bahan-bahan:
1 Paket Kuey Teow 
Sotong 

Udang
Cendawan Butang
4 helai daun limau purut
2 sudu besar tepung jagung bancuh bersama sedikit air sehingga sebati
4 ulas bawang putih. cincang halus.
1 batang carrot
sedikit baby corn
5 biji cili padi (pecah2kan.. kalau nak pedas lagi, tambahkan)
sedikit bunga kobis
sedikit sawi
1 sudu besar taucu
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan (kalau tak letak pun takpe)
sedikit kicap
ayam dan daging. (rebus untuk dptkan airnya dan hiriskan daging n ayam)

*AIR REBUSAN AYAM & DAGING

Bahan hiasan:
Cili hidup merah dan hijau,
Limau kasturi
Daun sup
Daun Bawang

Cara-caranya:-
1. Gaulkan kicap dengan kuey teow hingga sebati. Perapkan selama 10 minit.

2. Panaskan kuali/frying pan dan goreng tanpa minyak. Gunakan kuali/frying pan yang non- stick (tidak melekat)..sebab rai tak suka berminyak2 nanti kuah nya.

3. Angkat dan biarkan seketika.

4. Tumis bawang putih dan cili padi hingga naik bau. masukkan daun limau purut.

5. Masukkan ayam dan daging yang ditoskan tadi.

6. Masukkan sos tiram, taucu dan sos ikan.

7. Masukkan air rebusan ayam dan daging tadi

8. Bila dah mendidih, masukkan bunga kobis + jagung + tepung jagung.

9. Perahkan sedikit limau kasturi

10. Akhir sekali masukkan udang, sotong dan sawi. masukkan garam kalau tak cukup masin lagi.

11. Kacau sebati dan biarkan hingga mendidih. angkat. Jangan terlalu lama. nanti sotong dan udang kecut. curahkan kuah ke atas kuey teow tadi....

12. Hidangkan. 


Sumber: Raihanavanilla

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)


Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment