Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Sunday 12 April 2015

PUDING TAPAI UBI.. MABELES RASANYA...

PUDING TAPAI
     Tapai terbhagi kepada 2 jenis.  Iaitu, tapai pulut dan tapai ubi.  Tapai ubi menjadi pilihan untuk resepi kali ini.  Ubi yang telah dibersihkan akan diperam bersama dengan ragi dan ditutup dalam bekas kedap udara.  
     Setelah beberapa hari, bolehlah dimakan.  Rasanya sedikit masam mnais.  Selain sedap di makan begitu sahaja, tapi juga boleh diolah untuk menjadi puding.  Enak dimakan semasa sejuk bersama dengan kuah.  Selamat mencuba...

PUDING TAPAI UBI 

Bahan-bahan:- 
1 paket tapai ubi (6 ketul)
600 ml susu segar
2/3 cawan gula
1 1/2 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
1 biji telor - pukul sikit
1/2 sudu pes pandan/setitis pewarna hijau

Bahan untuk Kuah:-
1 tin susu sejat Ideal
2/3 cawan gula
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh pewarna hijau
1 helai daun pandan
1/2 cawan air

Cara membuat kuah:-
01.  Masukkan  kesemua bahan kuah ke dalam periuk. 

02.  Masakkan dengan  api perlahan. 

03.  Tutup api bila mendidih dan sejukkan. Ketepikan.

Cara-cara membuat puding:-
01.  Buangkan empulur tapai ubi, satukan bahan dan masukkan dalam blender.

02.  Blend bahan-bahan lebih kurang 3 minit atau hingga sebati.

03.  Tuang ke dalam loyang/mangkuk kecil tahan panas. 

04.  Kukus lebih kurang 15 minit.

05.  Scoop dalam bekas puding dan tuang kuah bila menghidang. 

06.  Boleh juga ditambah buahan koktel. 

PUDING TAPAI BERKUAH
P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen “ SAYA SHARE ” Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment