NAGASARI CENDOL.. |
Jangan lupa mencuba resepi yang lemak manis tapi sedap ni..
NAGASARI CENDOL
Bahan-bahan ( 30 - 40 kpg )
400 gm cendol - dicuci dan ditapis
1 cawan tepung jagung
2 sudu besar tepung Hoen Kwee
1 cawan gula pasir
1 sudu kecil garam
1,700 ml santan - drpd 2 biji kelapa (saya guna 500ml santan Kara+1,200ml air)
2 helai daun pandan - disimpul
daun pisang utk membungkus - dipotong dan disalai
Cara-cara
01. Satukan tepung2,gula,garam,santan dan daun pandan di dlm periuk dan kacau rata.
02. Masak atas api yg sedehana panasnya hingga pekat dan licin.
03. Setelah itu masukkan cendol dan masak lagi hingga rata.Matikan api dan keluarkan daun pandan.
04. Ambil 3 sudu besar adunan dan bungkus dlm daun pisang yg disediakan tadi.
05. Buat hingga habis. sejukkan pd suhu bilik dahulu.
06. Masukkan dlm peti sejuk sebelum dihidangkan.
07. Adunan ini juga boleh dibubuh dlm mangkuk2 plastik yg kecil.
P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.
Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com
Kalau Nak Share SILA Komen “ SAYA SHARE ” Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )
Selamat mencuba!!!
No comments:
Post a Comment