KERIA KENTANG
Bahannya:
300gm kentang ~ direbus hingga lembut
1 cawan tepung gandum
1 sb margerin
1 sb gula pasir
1 st baking powder ~ x letak pun boleh
sedikit pewarna kuning
Caranya:
1. Lenyek halus kentang tu semasa masih panas. Masukkan sekali margerin, gula pasir dan pewarna. Biar hingga kentang sejuk.
2. Masukkan tepung dengan baking powder dalam adunan kentang. Uli hingga tak melekat ditangan.
3. Jika masih lembik ( ikut jenis kentang), tambah sikit lagi tepung gandum.
4. Bentukkan seperti donat. Goreng hingga garing dan keemasan.
5. Angkat dan toskan. Ketepikan dulu.
Bahan sira gula:
3 sb gula pasir
2 sb air
Caranya:
1. Gula + air dimasak hingga berbuih dan pekat.
2. Masukkan kuih keria tadi, gaul rata. Tutup api dan terus gaul hingga gula mengering.
Sumber: Blogger
P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.
Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com
Kalau Nak Share SILA Komen “ SAYA SHARE ” Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )
Selamat mencuba!!!
No comments:
Post a Comment