Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Monday, 6 April 2015

BLUE VELVETT CHEESE CAKE MENAWAN KALBU..

BLUE VELVET CHEESE CAKE
Anda tentunya biasa mendengar kek red velvet bukan..  Bah.... Mari kita cuba inovasi baru yang menceriakan lagi family kek velvet ni.. Rasanya sama cuba warna lebih menarik dan ceria dengan warna birunya yang menampakkkan kemewahan.  

Ditambah lagi dengan keenakkan rasa cream cheese .. Pasti terangkat..  Selamat mencuba..

BLUE VELVET CHEESE CAKE (kek baldu biru)

Bahan: 
2 cawan gula 
1/2 lb mentega, pada suhu bilik -227 gm 
2 biji telur 
1 sudu besar serbuk koko 
Beberapa titis pewarna makanan biru 
2 1/2 cawan tepung kek 
1 sudu teh garam 
1 cawan dadih 
Ekstrak vanila 1 sudu teh 
1/2 sudu teh baking soda 
1 sudu besar cuka 


Cara-cara: 
01.  Panaskan oven mengikut kesesuaian oven anda.

02.  Griskan acuan dan alaskan dengan kertas minyak untuk membakar.

03.  Dalam mangkuk adunan, putar gula dan mentega  sehingga ringan dan gebu. 

04.  Tambah satu telur pada satu masa dan putarkan sebati  selepas setiap tambahan telur.

05.  Masukkan  Koko dan pewarna makanan bersama-sama dan kemudian tambah campuran gula,  gaul rata. 

06.  Ayak tepung dan garam. 

07.  Tambah campuran tepung kepada adunan berselang seli dengan dadih. 

08.  Campurkan vanila. Dalam mangkuk kecil, campurkan baking soda dan cuka. 

09. Tuangkan kedalam aduanan dan putar sebati.

10.  Tuangkan adunan ke dalam acuan. Bakar sehingga masak.


Cream Cheese:
500 grm whipping cream-brand VIVO
250 grm cream Cheese-brand Phillidephea
60 grm gula icing
110 grm butter
2 titik lemon paste


Cara -cara :
01.  Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan

02.  Dalam bekas lain, pukul cream cheese bersama semua bahan lain hingga berkrim.

03.  Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.

04.  Boleh digunakan untuk menghias kek anda.

BLUE VELVET CHEESE CAKE SLICE


sumber: food.com

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen “ SAYA SHARE ” Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment