Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Wednesday, 11 March 2015

ULANGTAHUN KE-21 .. PEMBUKA TIRAI BARU HIDUP ELFIRA




8 Mac 2015...   Selamat ulang tahun buat simanis 21 Elfira Loy.  Majlis ulang tahun ringkas yang dibuat sehari sebelum hari lahirnya  merupaakn pembuka tirai baru dalam kehidupannya.  Tampil dengan busana muslimah dan berhijab membuatkan  beliau tampak lebih manis, lemah lembut dan bersopan.  
“Jadi 8 Mac (hari ini) saya nekad bertudung sebagai simbolik seperti kelahiran semula. Jika ada anggap angka 21 itu sebagai kunci kebebasan dan bagi saya pula adalah sebaliknya. Ia jadi kunci untuk saya terus memperbaiki dan mengubah diri. Insya-Allah menjadi lebih baik daripada hari sebelumnya,” katanya.
Ketika ini, Elfira belum mahu berfikir apa saja kemungkinan yang bakal terjadi selepas beliau bertudung dan hanya menjalani kehidupan seperti biasa. Perubahan baru ini akan menarik lebih banyak perkara positif kepada Elfira. Bagaimanapun, keluarga dan peminat pasti menyokong penampilan barunya berhijab dan mendoakan kejayaannya supaya memperoleh rezeki yang melimpah ruah.
“Saya hanya jalani kehidupan macam biasa. Malah ada juga syarikat produksi yang saya sudah maklumkan mengenai perubahan ini. Jadi tak ada masalah. Saya pun kini lebih banyak fokus kepada perniagaan, kerja pengacaraan dan tugasan sebagai penyampai radio ERA FM,” katanya .
Sumber: Rotikaya




No comments:

Post a Comment