Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Friday, 13 March 2015

TIPS BIBIR MENAWAN

BIBIR INDAH BERSERI
Bibir adalah aset indah wanita di wajah.  Bibir yang sihat membuatkan kita yakin untuk tersenyum mesra. Bibir yang lembab dan sihat dan tidak kering menjadi idaman setiap wanita. Bentuk dan warna bibir lebih terselah dengan pemakaian lipstik, pencil penggaris bibir  dan juga gloss. Bagaimanapun anda harus berhati-hati memilih.. 

TIPS PENJAGAAN BIBIR
Dibawah ini ada tips untuk penjagaan bibir.. Selamat mencuba..

  • Sapukan pelembab bibir mengandungi pelindung matahari sebelum memakai lipstik. Gunakan lipstik mengandungi SPF ketika melakukan aktiviti di luar rumah. Penjagaan yang baik dan sering diberi rawatan menjadikan kulit bibir berwarna kemerahan, lebih lembut, dan lembap. Kesannya, bibir akan lebih sihat, menarik dan seksi serta berwarna merah jambu serta semulajadi.

  • Sebelum tidur sapukan madu lebah pada bibir untuk mendapatkan bibir yang kemerah-merahan dan kekal lembap sepanjang hari.

  • Elakkan menggigit, menjilat dan menyapu dengan lidah kerana ini hanya akan membuatkan bibir kering.

  • Hanya dengan sapuan pengilat bibir, bibir sudah tampak cantik menawan. Sekiranya anda berasakan bentuk bibir kurang sempurna, jangan berasa rendah diri.

  • Untuk mendapatkan bibir yang seksi, bukanlah sesukar mana, hanya teknik solekan yang perlu dipelajari dan warna gincu yang tepat. Walaupun hasilnya sementara, ia pasti memuaskan hati dan memukau mata yang memandang.  
BIBIR PINK MENAWAN

BIBIR INDAH ALAMI

No comments:

Post a Comment