Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Saturday 21 March 2015

TELUR BUNGKUS YUMMY..

TELUR BUNGKUS
       Sekali pandang macam telur dadar biasa jr dari  luar.  Cuma kelihatan tebal dan membumbung.  Tetapi.. koyakkan sedikit je telur tu.. Melimpah isi didalam . Hehehehe.. Tulah namanya telur bungkus.  

       Sebenarnya inti yang dibungkus dengan telur dadar. Mudah saja cara membuatnya. Lengkap dengan daging ayam dan sayuran yang dipotong kiub.  Hidangan sampingan untuk makan nasi panas dan tomyam.  Selamat mencuba...

RESEPI TELUR BUNGKUS

Bahan-bahannya:
2 keping isi ayam dipotong kecil2
1/2 biji bawang holland dicincang halus
1 biji tomato dIbuang biji dan didadu kecil
1/2 batang daun saderi didadu kecil
1/2 peket sayur campur (carrot, jagung, kacang peas)
1 biji cili merah
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
Sedikit hirisan daun sup atau daun ketumbar
secubit garam jika perlu
Minyak untuk menumis
2 biji telur ayam

Cara-caranya:-

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang holland sehingga sedikit layu
  2. Masukkan hirisan dada ayam dan kacau seketika biarkan sehingga isi ayam masa
  3. Masukkan hirisan tomato, batang saderi ,cili merah serta sayur campur dan dikacau rata
  4. Perasakan dengan sos cili,sos tomato dan sos tiram dan kacau lagi.
  5. Taburkan secubit garam jika perlu
  6. Sebelum diangkat bolehla ditaburkan daun sup atau daun ketumbar.
  7. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan seratakan keliling kuali
  8. Pukul telur ayam tadi dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan kuali sehingga telur sekata
  9. Letak kan inti ditengah2 dan bungkuskan telur tersebut
  10. Biarkan telur garing seketika dan bolehlah di terbalikkan ke dalam pinggan.
P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba!!!
    Show comments
    Hide comments

    2 comments: