SAMBAL KACANG
Bercerita tentang juadah hari raya, mesti anda terbayangkan lontong ataupun satay. Sebagai hidangan pelengkap mesti disediakan sambal kacamg. Bermacam cara membuatnya. Ada yang suka kacang dikisar halus. Ada juga yang sukakan kacang yang dikisar kaasr sedikit.
Apapun... Rasa lemak santan, rempah ratus, manis pedas sesuai digandingkan dengan nasi impit. Jom cuba resepi ni...
RESEPI KUAH KACANGBahan-bahan:- 250gm kacang tanah tumbuk 3 batang serai dipotong halus. 1/2 biji bawang besar. 1 inci halia. 3 ulas bawang putih. 3 sudu besar udang kering (direndam). 3 sudu besar cili giling. 1 cawan air asam jawa. 1 sudu besar gula pasir. Garam secukup rasa. 4 sudu besar minyak masak.
Cara-caranya:- 1. Kisar dengan sedikit air; serai, bawang, halia, bawang putih dan udang kering.
2. Masukkan minyak masak dan panaskan. Tumiskan bahan kisaran sehingga naik wangi, masukkan cili giling tumis hingga garing.
3. Masukkan serbuk kacang tanah kacau sebati. Masukkan air asam dan 1 cawan air. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
4. Didihkan kuah sehingga pecah minyak. Kalau ingin tambah kepekatan boleh masukkan 1 sudu tepung jagung yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
5. Kuah anda telah sedia. Hidangkan bersama nasi impit dan juga satay.
|
No comments:
Post a Comment