ALOR SETAR – Rosniza Fadzil , 30 wanita yang parah setelah terjun dari kereta bekas suaminya sebelum dilanggar lari dalam kejadian 26 Februari lalu , meninggal dunia hari ini .
Rosniza menghembuskan nafas terakhir ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini .
Ketua Polis Daerah Kota Setar , Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan berkata, mangsa meninggal dunia pada pukul 4.06pm tadi .
Sehubungan itu beliau berkata, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu melibatkan kesalahan membunuh , Sumber Utusan Online .
No comments:
Post a Comment