Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Saturday 21 March 2015

GULAI LEMAK CILI API IKAN KELI SALAI OHSEM




GULAI LEMAK CILI API IKAN KELI SALAI
Sedapnya sesekali makan ikan keli.  Lemak manis lembut isinya.  Tapi awas, hati-hati tercekik tulang halusnya.  Biasanya ikan keli ni dimasak asam peda, di goreng, masak berlada.  Kali ini kita cuba pula resepi gulai istimewa ni.
Gulai Lemak Cili Api Ikan Keli Salai

Bahan-Bahan:-
1) 4 ekor ikan keli – dicuci dengan jus limau nipis untuk hilangkan hanyir. Gaul garam kunyit dan bakar/salai hingga masak.
2) 2 batang serai diketuk.
3) 1 helai daun kunyit dihiris.
4) 2 kotak kecil santan pekat.
5) 1 cawan air.
6) 2 keping asam gelugor.
7) Garam.


Bahan Tumbuk Lumat :-
1) Segenggam cili api
2) 2 inci kunyit hidup


Cara Memasaknya:- 
1) Masukkan bahan tumbuk dan sedikit air ke dalam periuk. Masak sehingga air menjadi kering.
2) Masukkan santan pekat dan air.
3) Masukkan semua bahan dan masak sehingga mendidih.
4) Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


Selamat Menjamu Selera 


P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba!!!



No comments:

Post a Comment