Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Friday, 13 March 2015

APAM DOT-DOT STRAWBERRY




APAM DOTT-DOT STRAWBERRY
Apam polkadot.  Ada yang berbentuk angry bird, lady bird, dot cendawan dan berwarna-warni.  Tentunya kegebuan dan kecomelannya sangat memikat.  Ditambah lagi dengan filling berbagai perisa, tentu sahaja menari minat kanak-kanak.  Sesuai dihidangkan bersama teh semasa minum petang. Nak cuba membuatnya?  Saya kongsikan resepinya...

RESEPI APAM DOT-DOT STRAWBERI  
Bahan-bahannya: 
140 gm tepung gandum 
1 1/2 sudu teh baking powder - diayak sekali bersama tepung gandum 
110 gm gula halus 
75 ml susu segar atau susu cair  
2 biji telur 
1 sudu kecil ovelette 
1/2 sudu esen vanilla / perisa strawberi 

Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing

Sedikit perwarna hijau - untuk daun 
Sedikit pewarna merah - untuk strawberi 
Sedikit pewarna putih - untuk biji strawberi 

30 keping mangkuk kertas 

Cara-caranya: 
1. Pukul telur  dan gula halus sehingga kembang 

2. Kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak bersama diselang selikan      dengan susu segar 

3. Selepas itu, masukkan ovalette dan perisa vanilla. Putar sebati hingga nmpk kembang dan gebu 

4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna. 

5. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih. 

6. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas. 

7. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit. 

8. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan. 

9. Kukus 10-15 minit sehingga masak. 

Nota:   
Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja. Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. 

 Adunan ini akan menghasilkan 30 biji strawberi Antara rahsia apam anda gebu adalah ovalette diletakkan akhir sekali selepas tepung diputar sebati 

SEBELUM

SELEPAS


No comments:

Post a Comment