Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Saturday 7 February 2015

TIP-TIP MASAKAN TOM YAM


Hari ini kita masak "Sup Tom Yam" yang paling mudah dan sedap. Kadang kita gelar "Tom Yam Putih"..Resepi Tom Yam masakan Thai ini ada beribu versi dalam internet, tetapi kebanyakan resepi-resepi ini adalah menggunakan pes segera tomyam yang dijual. Cara masaknya boleh dikatakan semuanya sama cuma jumlah bahan dan jenis bahan masak seperti ayam, daging atau makanan laut buat berbeza.

TIP-TIP MASAKAN TOM YAM

1, Jangan gunakan cuka untuk jimatkan kos bahan masakan ia akan jadikan menu masak cuka pulak.Menggunakan jus lemon (kuning) dalam masakan asia tenggara adalah terhad dan jangan guna jus lemon, ia akan pahitkan masakan anda sekiranya masak cara Asia tenggara gunakan hanya jus limau nipis untuk mengekalkan rasa asli tom yam anda. Jus limau yang dimasukkan perlu pada penghabisan masak..Jangan didihkan bila dah masukkan jus limau. Haruman segar limau akan hilang.

2. Bila gunakan daun limau purut tentukan urat daun tengah di carik keluarkan. Ini bhg pahit daun itu..bila tercarik tambah lagi aroma limau.

3. Masukkan jus limau nipis, cili api thai (berwarna merah) yang segar, daun ketumbar atau daun pudina segar hanya selepas Sup tom yam anda dikeluarkan dari api dapur dan sedia untuk hidangan. Sekiranya anda masukan Tomato segar tentukan tomato hanya dimasukkan sebelum 1 minit sebelum matikan api dapur. Ia untuk mengekalkan kesegeran haruman bahan-bahan tersebut.

4. Sukatan bagi sos ikan Thai, 2 sudu besar untuk setiap cawan air.

5. Resepi Tom Yam yang amat digemari ialah sup yang berwarna oren. Warna ini adalah tambahan keenakan sup Tom Yam dan juga menutup ketulan daging atau ayam yang kelihatan hodoh selepas masak. Pes ini juga memberi aroma ynag amat menyedapkan. Pes cili Thai ini (seakan sambal tumis) ini digelar, " Nam Prik Pao". Pes ini biasanya diperbuat daripada bahan-bahan cili kering, udang kering atau pun ikan kering, belacan, bawang putih,dan bawang merah. Ia diadunkan dengan sos ikan, asam jawa dan gula melaka dan dimasak dengan minyak seperti sambal tumis kita. Nam Prik Pao juga boleh digunakan sebagai bahan tumisan yang sedap untuk masakan tom yam, masakan laut, sayur-sayuran dan juga untuk hidangan mee.

Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly 
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment