Bahan-bahannya : ( untuk 5~6 orang )
● sotong secukupnya
● 6 sudu besar tepung beras
● 5 sudu besar tepung gandum
● 1 sudu besar serbuk kari ikan
● 1 sudu kecil serbuk cili
● 1 sudu kecil gula
● 3 tangkai daun kari
● 1 sudu kecil serbuk kunyit
● Garam secukup rasa
Cara memasaknyanya :
1. Bersihkan sotong dan hiris kecil dan toskan sehingga airnya kering.
2. Gaulkan sotong dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
Tambahkan tepung gandum, tepung beras, serbuk kari, serbuk lada dan gula. Gaul rata keseluruhan sotong tadi.
3. Panaskan minyak dengan api sederhana besar. Bila minyak sudah panas, masukkan sotong tersebut 1 persatu. Taburkan daun kari ketika mengoreng. Goreng sehingga garing dan kuning keemasan.
4. Hidangkan bersama dengan sos cili.
P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.
Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com
Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)
Selamat mencuba <3 :)
No comments:
Post a Comment