Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Saturday, 14 February 2015

Muffin Choc Chip


Bahan-bahan :


  • 250 gram tepung Superfine
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 175 gram gula kastor
  • 75 gram choc chip
  • 75 gram choc rice
  • 250 ml susu segar @ susu cair
  • 100 ml butter yg dicairkan @ minyak jagung
  • 2 biji telur bersaiz A
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Sedikit choc chip
  • (saya guna choc chip dua warna utk taburan)


CARA-CARA :

1. Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko. Masukkan ke dalam mangkuk mixer.
2. Masukkan juga gula kastor ke dalam adunan tadi. Saya guna mixer utk putar seketika supaya semua bahan bercampur gaul dengan sebati.
3. Masukkan butter cair @ minyak jagung dan pecahkan telur sebiji demi sebiji dan masukkan esen vanila.
4. Masukkan susu cair ke dalam mixer berselang seli dengan tepung dengan kelajuan yg perlahan.
5. Masukkan pula chip coklat @ choc rice sambil di gaul sederhana. Boleh guna spatula semasa mencampurgaulkan bahan2 ini.
7. Panaskan oven dengan kepanasan 160 darjah selama 10 minit terlebih dahulu.
8. Masukkan bacuhan ke dalam cawan muffin (penuh).
9. Taburkan sedikit choc chip di atasnya sebagai hiasan. Tak letak pon tak pe, sebab di dalam adunan pon dah ada terlalu banyak chips.
10. Bakar selama 20 - 25 minit mengikut oven masing2.

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly 
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba <3 :

No comments:

Post a Comment