Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Sunday, 22 February 2015

Mimpi-mimpi Dalam Islam Yang Perlu Kita Tahu


#Ada yang mengatakan: “Mimpi itu mainan tidur…”
Ada pula yang mengatakan: “Eleh, mimpi je tu, jangan percayalah…”
Ada juga yang terlalu taksub dengan mimpi, asalkan bermimpi, mesti dicari Kitab “Tafsir” khas atau merujuk ramai manusia, bagi mendapatkan petanda di sebalik mimpi misteri yang terus menyelubungi dirinya…

Mimpi-mimpi Dalam Islam Yang Perlu Kita Tahu

#HADIS PERTAMA:
"Apabila salah seorang dari kamu melihat mimpi yg disukainya, sesungguhnya ia daripada Allah, maka khabarkanlah kpd org lain, dan sekiranya dia melihat sebaliknya dari apa yg dibencinya, sesungguhnya ia daripada Syaitan, maka beristi'azahlah (mmbaca AUZUBILLAHI MINAS SYAITONIR RAJIM), dan janganlah menceritakan kpd org, tiadalah ia (mimpi) dapat memudaratkannya.."
(Sahih Al-Bukhari dan Muslim, Lafaz hadith adalah bagi Al-Bukhari)

#HADIS KEDUA:
“Apabila telah menghampiri zaman (kiamat), mimpi seseorang yang beriman itu hampir-hampir tidak dusta, dan yang paling benar mimpinya dikalangan kamu ialah orang yang paling benar percakapannya. Dan mimpi orang Muslim (yg sentiasa bercakap benar) itu adalah sebahagian daripada 45 bahagian kenabian. Mimpi itu ada 3: Mimpi yang baik, khabar gembira daripada Allah, mimpi kesedihan/kebimbangan daripada Syaitan dan mimpi dari perkara yang dilaluinya sendiri (terkesan dari apa yg terjadi pada dirinya). Maka apabila seseorang dari kamu melihat apa yang tidak disukainya, maka hendaklah dia bangun dan menunaikan solat, dan jangan dia ceritakan kepada orang lain.
(Sahih Muslim, dan lain-lain)

#HADIS KETIGA:
“Tidak akan kekal dari kenabian melainkan al-Mubassyiraat (perkara-perkara yg menggembirakan), para sahabat bertanya: apakah mubassyiraat itu, Jawab baginda: Mimpi yang benar.”
(Sahih Al-Bukhari)


Bahkan, ada yang ketakutan (fobia), kebimbangan dan kerunsingan dengan mimpi yang berulang-ulang kali atau bersambung-sambung yang mana sering bermain-main ketika tidurnya, bagaikan satu paparan filem ditayangkan secara bersiri-siri. Berikut adalah 3 jenis mimpi dalam ISLAM,

Mimpi dari Allah SWT iaitu mimpi yang baik untuk dunia dan akhirat merupakan khabar gembira atau suatu peringatan daripada Allah SWT supaya tidak melakukan maksiat terhadapNya.

Mimpi daripada syaitan iaitu mimpi buruk yang tidak menyenangkan seperti kedatangan malapetaka, musibah, permusuhan, kesedihan, kesengsaraan, kemelaratan, penderitaan dan sebagainya.

Mimpi yang dipengaruhi oleh keadaan diri seseorang itu sendiri umpamanya bermimpi makan ketika keadaan diri sedang lapar atau ketika dalam keadaan kenyang bermimpi termuntah atau salah satu anggota tubuh sedang sakit dan bermimpi dianiaya orang dan sebagainya. Mimpi seperti ini tidak mempunyai erti sama sekali.

Sabda Rasulullah SAW  

“mimpi itu ada 3, mimpi dari Allah SWT ( mimpi yang baik ), mimpi daripada syaitan (mimpi buruk) dan mimpi daripada dirinya yang kerana terjadi sesuatu kemudian dia bermimpi "

No comments:

Post a Comment