Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Thursday 5 February 2015

Makanan Yang Mudah Menurunkan Berat Badan Anda


Jom tengok 9 Makanan Yang Mudah  Menurunkan Berat Badan

1. Daging
Betul , daging amat membantu dalam menurunkan berat badan . Tapi ingat , daging yang bagus bukan datang dari haiwan yang diberi dedak dan dicucuk dengan pelbagai hormon untuk dapatkan berat yang lebih dalam masa yang singkat . Daging yang bagus adalah dari haiwan yang makan rumput ( cth daging lembu yang dijual tepi jalan oleh penternak kecil-kecilan ) dan yang dibiarkan bebas bergerak .

2. Ikan
Ikan sangat bagus untuk dapatkan tubuh badan yang sihat keranan mengandungi protein yg pelbagai dan tinggi Omega 3 untuk minda , hati dan jantung anda.
Tahu tak Omega 3 juga boleh mengurangkan stress jika diambil  3-4 kali seminggu ?

3.Telur
Ambil 2-3 biji pada waktu pagi dibuang kuning telurnya. Rebus boleh atau dadarkan ia .Selain itu, telur putih juga merendahkan tahap kolestrol dalam badan. Bagus kan.

4.Sayuran Hijau
Ingat, semakin hijau semakin bagus. Kalau asparagus itu mahal, akak ambil brokoli. Bagus untuk turunkan berat kerana rendah kalori tapi tinggi protein .

5.Epal Hijau
Ambil sebiji pada waktu pagi .Tahukah akak ? Epal hijau tinggi serat , tinggi oksida. Jangan ambil lebih disebabkan buahan-buahan tinggi kandungan gula.

6.Kekacang
Kekacang termasuk dalam senarai makanan yang patut akak makan untuk kurus . Dengan tinggi kalsium dan vitamin e, sesuai untuk dijadikan snak. Tapi jangan habiskan sebotol besar. Ambil dalam kuantiti yang sesuai ye.

7.Ubi Keledek
Ubi keledek rebus sesuai untuk akak yang tak nak makan nasi. Akak boleh gantikan dengan ubi keledek dalam kuantiti yang sesuai.Mudah kenyang lambat lapar.

8.Minyak Zaitun
Masukkan setititik dua minyak zaitun dalam makanan siap akak untuk dapatkan kandungan nutrien yang bagus untuk badan.

9.Yogurt
Amalkan makan yogurt kosong sebagai pengganti dinner sis. Yogurt mengandungi Vitamin K2 , yang bagus untuk tulang dan sistem kardiovaskular sis .

Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly 
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba <3 :)

No comments:

Post a Comment