Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Saturday 28 February 2015

Kisah HANTU BUKIT BAUK


# Kisah ini berlaku semasa pulang ke Terengganu bercuti semester.  Zaman itu, masih belum ada Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Jalab lama menjadi lebuhraya setia untuk orang Terengganu balik ke kampung.

Aku dan Pjoe sepakat nak balik sekali, lagipun Pjoe taka da teman nak drive sorang2. Aku bercadang awalnya nak balik siang, tapi Pijoe suka drive malam.

Pjoe tanya aku,"Mat, nak lalu Jabor ke Cherating?" " Aku pilih Cherating, kereta banyak, apa-apa hal senang mintak tolong," kata aku. Muka Pjoe menampakkan ekspresi macam mahu lalu Jabor.

Aku tahu lalu Jabor cepat sampai. Tapi itu jalan kelapa sawit di kiri kanan. Tak ada kereta yang lalu.

Masa memasuki Karak, aku dah mula berborak rancak dengan Pjoe, aku tak mahu dia mengantuk dengan fikiran puaka di Karak. Kami pasang lagu kuat-kuat.

Sedang kami berborak, aku sempat tengok kiri dan kanan cermin takut-takut ada benda menumpang. Jam dah 11.30pm. Sunyi bukan kepalang jalan lama tu.

Sebenarnya masa tahun sebelum itu aku dah pernah kena sekali di kawasan sini. Tapi aku tak pernah cerita ke Pjoe walaupun dia ni hati kering.

Alhamdullillah sepanjang jalan kat Karak tu kami tak menghadapi benda-benda bangang yang boleh buat kami berak dalam seluar.

Cuma sesekali rasa macam seriau. Kami berhenti di Temerloh dekat jambatan Sungai Pahang untuk segarkan mata dan basuh muka.

Kami teruskan perjalanan. Cuma kali ni aku tertidur. Aku terjaga masa nak masuK mukim Dungun. Itu pun Pjoe kejutkan sebab dia sangap. Aku cucuh rokok bukak tingkap, masa inilah Pjoe menjerit.

"TUTUP TINGKAP MATTTT!!!!! ALLAHUAKBARRR ALLAHUAKBAR!!!" AKu punya terkejut, tak sempat nak buat apa-apa.

Aku pandang sebelah, tingkap aku tutup. Tapi, apa yang aku nampak? Ya, selaju kereta kancil Pjoe tu, benda tu tengah ikut tepi tingkap sebelah aku.

AKu pejamkan mata. Dalam mata pejam aku pesan pada Pjoe jangan ikutkan hati, kawal diri. "Kita boleh terbunuh ni Pjoe kalau kita ikutkan takut",Pjoe diam.

Sebelah tingkap aku cuma bunyi suara "dia" , "kheeehhhhhhhh...kheeeehhhhhhhh...". Sumpah, aku tak pandang langsung ke kiri.

ARTIKEL BERKAITAN : WANITA!! APA PERASAAN ANDA BILA TERJADI SITUASI MACAM INI?

Cuma masa dalam keadaan kelam kabut tu aku tahu benda tu perempuan dan berwarna lebam.  Aku tak tahu macam mana nak ceritakan rupa bentuk dia.

Aku nampak Pjoe masih bernafas dengan kuat.  Aku tahu dia ketakutkan tapi aku puji keberanian dia kawal keadaan. Kalau tak, ke gaunglah kami.

Sepanjang perjalanan dari tempat kejadian tu atau nama tempat tu Bukit Bauk, kami diam bungkam, tak cakap apa-apa.  Pjoe aku nampak dalam kebingungan.

Ketika masuk bandar Dungun, barulah kami cari Kedai, berhenti minum dan bercerita pasal tadi. Pjoe cakap dia rasa lain macam dah awalnya. Kata Pjoe, dari Karak lagi dia dah rasa.

Cuma benda tu tak betul-betul tunjukkan diri macam masa sampai di Bukit Bauk. Bukit Bauk ini keras. Aku tanya Pjoe "masa kau jerit, apa yang kau pikir?" Pjoe diam lama, dia pandang aku, dia tunduk.

ARTIKEL BERKAITAN : DOA DARI AYAT AL-QURAN YANG BOLEH DIAMALKAN UNTUK ANAK

Pjoe pandang aku, "Mat, masa Kau bukak tingkap "benda" tu dah meluru ke arah kau, tangan dia dah ke arah kau, tu pasal aku jerit.." Aku sapu muka berkali-kali.

Kes ini sebijik macam mak angkat aku kena di Nyalas, MelaKa. Benda tu sempat sapa muka mak angkat aku. Mengucap panjang waktu tu. Aku dengan Pjoe rehat sampai subuh.

Lepas subuh, kami sambung perjalanan ke Kuala Terengganu. Bukit Bauk, kau dah banyak maKan orang.

No comments:

Post a Comment