Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Saturday 21 February 2015

Isteri parah kereta bertembung SUAMI MAUT


KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut manakala isterinya cedera parah selepas kereta Perodua Viva yg dipandunya bertembung dgn sebuah pikap di Kilometer 28 Jalan Papar-Beaufort, hari ini.

Mangsa yg terbunuh dikenali sebagai Chong Tseng Kong, 59, manakala isterinya Chong Mui Ken, 56, patah tulang rusuk kanan dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth, di sini .

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Geaorge Abd Rakman ketika dihubungi berkata semasa kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari itu, mangsa dan isterinya dalam perjalanan dari arah Kota Kinabalu ke Beaufort .

Apabila tiba di lokasi kejadian sebuah pikap yang datang dari arah bertentangan hilang kawalan selepas melanggar bahagian kanan belakang sebuah kereta Perodua Myvi yang datang dari arah yang sama apabila kereta itu tiba-tiba menukar laluan ke kanan jalan raya tiga lorong itu .

Katanya, pemandu pikap berkenaan cuma mengalami kecederaan ringan manakala pemandu dan penumpang Myvi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jln 1987 . - BERNAMA

No comments:

Post a Comment