KUALA LUMPUR - Gara-gara mendera anak kandungnya yang berusia 11 bulan , seorang wanita warganegara Myanmar dijatuhi hukuman penjara selama 27 bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini , hari ini .
Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menjatuhkan hukuman itu terhadap Vung Ngaih Kem , 25 , selepas dia mengaku bersalah mendera ank lelakinya itu dan menyebabkan kematiannya di sebuah rumah di Jalan Pandan Indah , Ampang, tahun lepas .
Wanita itu , yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) , didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yg membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh , yang bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah kedai makan , menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 28 Ogos tahun lepas.
Mengikut fakta kes , pada 24 Ogos 2014 , bayi lelaki itu menerima rawatan akibat sawan di Hospital Ampang selepas dihantar seorang lelaki warganegara Myanmar yang mengaku bapa saudara kepada bayi berkenaan .
Pegawai perubatan yang memeriksa bayi itu mendapati lebam di kedua-dua belah mata , hidung , telinga dan bahagian bibir bayi itu selain keadaannya kritikal .
Satu laporan polis dibuat selepas kesan kecederaan pada bayi itu disyaki berpunca daripada kecederaan bukan akibat kemalangan, sebelum bayi itu dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.
Namun ketika menerima rawatan , bayi itu meninggal dunia .
Berdasarkan bedah siasat , punca kematian adalah akibat trauma akibat pukulan senjata tumpul .
Ketika rayuan, peguam Arik Zakri Abdul Kadir yang mewakili tertuduh, memohon hukuman ringan atas alasan kejadian yang berlaku tidak dirancang malah anak guamnya menghadapi tekanan hidup selepas suaminya melarikan diri bersama wanita lain dan meninggalkannya seorang diri bersama bayi itu .
Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene memohon hukuman setimpal kerana perbuatan dilakukan tertuduh amat kejam . - Bernama

No comments:
Post a Comment