Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Tuesday 6 January 2015

Sira Labu



Bahan-bahan ( 3-4 orang makan )

1 biji buah labu sederhana besar
1 kerek manisan @ 1/2 ketul gula melaka
5 senduk kecil gula pasir
2-3 helai daun pandan
kapur makan
2-3 sudu teh garam

Cara-cara

1. potong buah labu kepada ketulan-ketulan kecil...lumurkan dengan kapur makan...kemudian ketepikan selama sejam...ini untuk memastikan labu tidak hancur apabila dimasak nanti.

2. basuh labu bersih-bersih dan susunkan dalam periuk.masukkan manisan,gula pasir, garam dan daun pandan.

3. renjiskan sedikit air...kemudian jerang labu atas api sederhana selama 30 minit dengan periuk dibiarkan sedikit tertutup.

4. agak-agak labu telah lembut,bolehlah diangkat...sedap dihidangkan sejuk.

Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly 

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba <3 :)


No comments:

Post a Comment