Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Tuesday, 20 January 2015

RESEPI TART NENAS BUNGA



BAHAN-BAHAN :

300 gram tepung gandum
4 camca besar tepung jagung
3 camca besar gula aising, diayak
200 gram mentega
1/2 camca teh esen vanilla
2 kuning telur*
Beberapa titik pewarna kuning makanan* (*disatukan dan kacau sedikit sampai rata)
Sedikit garam halus (kalau guna mentega salted, tak perlu letak garam)
Inti jem nenas secukupnya

CARA:

1) Dalam satu bekas, masukkan tepung gandum, tepung jagung, gula aising dan garam halus (jika guna). Gaul rata.

2) Masukkan mentega dan gaul ramas dengan hujung jari hingga mendapat tekstur seakan2 serbuk roti.

3) Masukkan telur kuning sedikit demi sedikit sambil digaul rata hingga mendapat doh yang tidak melekat di mangkuk adunan (ada masa kuning telur tidak habis digunakan). Rehatkan sekejap.

4) Canai doh antara dua lapisan plastik bersih. Canai setebal 1/2 cm. Terap dengan acuan kuih tart kegemaran anda, dan susun dalam dulang pembakar. Buat hingga siap.

5) Letakkan inti jem nenas atasnya (gentel2kan inti jem nenas tadi mengikut kesesuaian acuan yang anda guna). Buat hingga habis.

6) bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 25 minit. Pusing2kan dulang berisi tart, selepas 10 minit dibakar untuk mendapat kuih yang rata masaknya. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam belas kedap udara..

Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba <3 :)
Show comments
Hide comments

1 comment: