Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Tuesday 6 January 2015

POPIA BASAH



Buang biji cili kering dengan memotong cili sebelum ia direbus dan dikisar.

Waktu memasak : 10 minit
Saiz hidangan untuk : 3 orang

BAHAN POPIA :

150gm sengkuang | dicelur
100gm taugeh | dicelur
50gm lobak merah | dihiris memanjang dan dicelur
30gm kacang tanah | digoreng dan dikisar
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit kulit popiah

BAHAN SOS :

10 tangkai cili kering | dikisar halus
3 ulas bawang putih | dicencang halus
1 sudu teh cuka
3 sudu makan gula merah
1 sudu makan gula putih
Garam secukup rasa
1 sudu makan tepung jagung

CARA MEMASAK :

1.Untuk sos, tumis bawang putih sehingga wangi. Kemudian, masukkan cili kering yang telah dikisar dan tumis hingga pecah minyak.

2.Selepas itu, masukkan cuka, gula merah, gula putih dan garam secukup rasa.

3.Untuk kepekatan, masukkan tepung jagung dan masak hingga pekat. Ketepikan.

4.Untuk inti pula, campurkan sengkuang, taugeh dan lobak merah yang telah dicelur dengan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Gaul rata.

5.Letakkan sos di atas kulit popia dengan rata sebelum letakkan inti di atasnya.

6.Kemudian, letakkan inti dan taburkan sedikit kacang tanah yang telah dikisar.

7.Gulung dengan kemas. Susun di dalam bekas stim dan stim selama 10 minit atau hingga popia menjadi lembut.

Hidangkan bersama sos dan sedia dinikmati.

Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly 

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba <3 :)


No comments:

Post a Comment