Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Saturday 17 January 2015

Kuih Lapis Seri Wangi


Bahan-bahan (loyang 8 inci)

Bahan A

2 cwn tepung beras
1 cwn tepung gandum
2 sudu besar tpng jagung
1 sk garam
2 cwn santan pekat

Bahan B

1 1/4 cwn gula pasir
1 cwn santan pekat
2 cwn santan cair
2 helai daun pandan-di simpul- ganti
1 sk pandan paste.

Bahan C

3 sb rata serbuk koko*
4 sb air suam utk bancuh koko*-boleh ganti dgn 1 sb coklat emulco pewarna hijau, perisa pandan

Cara-cara.

Masak bahan B hingga gula larut, biarkan suam sedikit.

Sementara itu satukan kesemua bahan A di dlm mangkuk dan gaul rata, ketepikan dulu.

Masukkan bahan B kedlm bahan A dan gaul rata, kemudian tapiskan.

Bahagikan pada 2 bahagian.Satu bahagian letak pewarna hijau/perisa pandan dan satu lagi letak bancuhan koko/coklat emulco.

Panaskan pengukus dan balut penutupnya dngn kain. Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas dngn plastik di dasarnya.

Apabila air dah mendidih,letak loyang tadi dan panaskan sebentar.

Masukkan adunan koko 1 cwn dan kukus selama 5 minit.

Setelah itu lapis pula adunan hijau selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.

Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Bila dah siap, angkat dan sejukkan. Kuih benar2 sejuk barulah cantik di potong.

Gunakan pisau plastik ya supaya licin potongannya.


Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)


Selamat mencuba <3 :)

No comments:

Post a Comment