Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Sunday 14 December 2014

RESEPI BISKUT MAKMUR

RESEPI BISKUT MAKMUR

Bahan-bahan ( 1 Balang saiz sederhana )

Tepung Gandum ( 1 kg )
Minyak Sapi Tulen ( Ikut lembut adunan )
Kacang Tanah ( Di goreng tanpa minyak )
Telur ( 3 Biji )
Gula Aising

Cara-cara

1. Panaskan tepung dalam kuali. Kaedah ini dilakukan supaya biskut yg dibuat nanti tidak melekat di lelangit apabila dimakan.
2. Ayak tepung sebentar tadi, supaya tiada ketulan kecil.
3. Kacang digoreng tanpa minyak sehingga masak. Kemudian buang kulitnya.
5. Kacang tanah yang sudah dibuang kulitnya dikisar halus.
5. Cairkan minyak sapi
6. Gaul tepung gandum bersama kacang tanah, telur john minyak sapi sehingga sebati.
7. Apabila adunan suda sebati john sesuai untuk dibulatkan. Bolehlah mula membulat adunan kecil-kecil sedikit demi sedikit.
8. Setelah siap, bolehlah dimasukkan kedalam ketuhar untuk dimasak.
9. Biskut yang suda masak, bolehlah digulingkan kedalam gula aising.
Siap untuk dimakan.

Selamat Mencuba <3 :)
Jom share resepi ni (y)
kalau nak share sila komen dahulu dibawah ye sebelum share mohon kerjasama tq <3 :)


Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

No comments:

Post a Comment