Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Wednesday, 24 December 2014

Putu Piring


Bahan-bahan (untuk sekitar 15 keping)

2 cawan tepung beras
3/4 sudu garam
150ml air panas
1/2 cawan kelapa parut (ambil yg putih shj dan gaul dgn 1/2 sudu teh garam)
1/2 cawan gula melaka,diparut
5-6 helai daun pandan
kain muslin (kain putih jarang berukuran 6-8inci persegi)
Daun pisang digunting 2inci persegi

Cara-membuatnya:

Tepung beras digoreng tanpa minyak 5 minit.

Ayak dan biarkan sejuk. Campurkan garam dgn air panas dan daun pandan.

Biar sebentar untuk mendapatakn bau pandan. Renjis2kan pada tepung.

Gaulkan supaya dapat hasil seperti serbuk roti. seeloknya air panas Panaskan pengukus.

Griskan acuan putu dgn sedikit minyak.Tabur sedikit tepung , kemudian sedikit gula merah.

Tambah sedikit tepung lagi diatasnya. Letakkan kain muslin diatasnya dan telangkupkan acuan pada pengukus (elok guna pengukus khas.) biarkan selama 3-4 minit dan angkat acuan.

Biarkan putu dalam kain muslin selama kira2 seminit lagi sebelum kain dan putu diangkat.

Buka kain muslin dan letakkan sedikit kelapa parut yg telah digaul dgn sedikit garam.

Letakkan daun pisang di atasnya dan terbalikkan putu.Sedia untuk dihidang dan disantap.

Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

More : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba  

No comments:

Post a Comment