Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Thursday 25 December 2014

MLM2014: Fazura Ada Sebab Kukuh Beri Comey Dua Bintang!


Baru-baru ini portal hiburan murai.com.my menerusi ruangan Murai Batu mempertikaikan cara penjurian Nur Fazura di pentas Maharaja Lawak Mega 2014 .

Tidak pasti mengapa kritikan tersebut ditulis Murai Batu, namun Astro telah mendapatkan komen Fazura mengenai perkara tersebut.

“ Tidak mengapa semua orang berhak mengkritik dan memberi pendapat, saya tidak ambil hati,” jawab Fazura ringkas.

Astro juga sempat bertanya kepada pelakon dan model popular berkenaan mengenai kenyataan salah seorang ahli Kumpulan Comey iaitu Ropie yang dikatakan berkecil hati dengan komen Fazura .

“ Komen dan dua bintang yang saya berikan tidak cukup untuk membuatkan mereka tersingkir. Saya tidak rasa komen saya keterlaluan .

“Saya rasa juri lain turut kecewa dengan persembahan mereka pada minggu lalu . Malah, fans mereka turut merasakan perkara sama ,” jawabnya menerusi aplikasi Whats App .

Tambah Fazura lagi, sebagai juri dia harus jujur memberikan komen.

“ Saya juga adalah peminat kumpulan Comey, namun saya harus jujur… Persembahan Comey pada minggu lalu amat mengecewakan, berbanding minggu sebelumnya yang amat membanggakan ,” ujarnya.

Pada malam ini, seperti biasa Fazura bersama tiga juri lain iaitu Datuk Jaluluddin Hassan, Taufik Batisah dan Farah Quinn akan mengadili para peserta di minggu ke tujuh MLM 2014.

Kepada para peminat MLM 2014, teruskan mengundi peserta kegemaran anda jika mahu mereka kekal lebih lama dan bergelar juara.

Jangan lupa menonton MLM 2014 secara langsung, setiap Jumaat, jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (135) .

No comments:

Post a Comment