Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Monday 13 April 2015

POTATO FRITTERS - HIDANGAN PEMBEKAL TENAGA..

POTATO FRITTERS
     Cucur ataupun jemput-jemput dan cekodok merupakan makanan yang berlainan nama tetapi hidangan yang serupa.  Yang membezakan adalah dari segi bahan utamanya sahaja. Resepi kali ini menggunakan kentang. 
     Inovasi resepi dari barat tetapi di sesuaikan bahan dan rasanya dengan penggunaan bahan dari negara kita.  Hidangan  ini sesuai untuk dihidangkan pada waktu sarapan kerana ia dapat membekalkan tenaga untuk aktiviti pagi sebelum kita menikmati hidangan tengahari.  Selamat mencuba... 

POTATO FRITTERS ~ CUCUR KENTANG

Bahan-bahan:-
3 biji kentang ~ di sagat jangan halus sangat ya
4 sudu besar tepung jagung 
3 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Daun bawang atau daun sup
1 tangkai cili merah
Sedikit lada sulah
Sedikit lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak

Cara-cara:-
01.  Satukan kentang yang telah disagat dengan tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam dan sedikit gula.

02.  Gaul sebati kesemua bahan. 

03.  Panaskan minyak masak dalam kuali leper.

04.  Pastikan minyak benar-benar panas supaya kentang tak menyerap minyak.

05.  Sudukan sedikit adunan dalam kuali dan leperkan.

06.  Taburkan sedikit lada hitam.

07.  Bila garing baru terbalikkan sebelah lagi.

08.  Bila dah masak angkat dan letakkan atas tisu supaya serap minyaknya.

09.  Sedia di hidangkan bersama mayonis ataupun sos cili. 

Sumber : Noraida Durani & Yatie

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen “ SAYA SHARE ” Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment