Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Monday 13 April 2015

BISKUT BANGKIT CHEESE.. TERHEBAT...

BISKUT BANGKIT CHEESE
     Kuih bangkit merupakan sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung gandum  dan tepung sagu.   Untuk resepi klai ini, kita cuba dengan mengolahnya menjadi kuih bangkit moden, iaitu dengan mencampurkannya dengan parutan keju cheddar.              
     Seimbang rasa antara manis dan lemak masin. Kuih bangkit yang sedap akan larut di dalam mulut dan mempunyai rasa yang rangup sekiranya dikunyah. Selamat mencuba...

BISKUT BANGKIT CHEESE

Bahan-Bahan:-
250gm Mentega
180gm Gula Aising
2 biji Kuning Telur
250gm Tepung Ubi - sangai 10 min
225gm Tepung Jagung
1/2 st baking powder
70gm Parutan Keju Cheddar- utk letak dlm adunan
kuning telur dan sedikit parutan keju - utk hiasan

Cara-cara:
1. Pukul Mentega & Gula sehingga sebati.

2. Masukkan kuning telur & pukul sehingga sebati.

3. Masukkan bahan-bahan kering.

4. Canai & terap.Sapukan sedikit kuning telur di permukaan biskut dan taburkan sedikit parutan keju atas setiap biskut.

5.Bakar 160C 15 -20 minit.


P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen “ SAYA SHARE ” Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!
Show comments
Hide comments

3 comments: