Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Monday, 13 April 2015

KUIH MASALA VADEI .. PASTI AWESOME...

KUIH VADEI
      Masala Vadei merupakan sejenis makanan dari India selatan.Vadei diperbuat dari dal dan campuran rempah. Terdapat juga hirisan cili, daun kari dan bawang merah dicampurkan sekali.  Vadei perlu digoreng dengan minyak masak yang banyak.
      Ianya enak dimakan ketika masih panas bersam secawan teh atau kopi sambil berehat di waktu minum petang.  Selamat mencuba...

KUIH MASALA VADEI

Bahan-bahan:-
250 gm. kacang dal Austarlia kerana ia lebih lemak dan kurang bau.
-   Basuh dan Rendam selama 4 jam atau lebih. Selepas tempoh rendam, kisar sedikit dan toskan dalam penapis. 

Nota: 
-  Sebelum kisar keseluruhan kacang dal , ambi dua sudu besar  dan simpan.
2 tangkai cili kering dihiris halus.
1 labu bawang sedang dipotong dadu halus atau boleh hiris halus.
1 sudu kecil  biji jintan manis.
6-8 helai daun kari dicincang.
1/2 sudu kecil garam masala 
1/2 inci halia dicincang halus.
Garam secukup rasa
Minyak untuk goreng.

Cara-cara:-
1. Masukkan kacang dal yang telah rendam itu dalam mesin kisar(blender). Kisar kacang dal di tambah air sedikit demi sedikt semasa kisaran. 

2. Biar hasil kisaran anda halus sedikit. Asingkan hasil kisaran dalam satu bekas penapis untuk tos airnya.

3. Bila hasil tos anda agak dintara kering dan basah, masukkan daun kari, bawang , biji jintan manis, hirisan cili kering dan garam masala, halia cincang dan garam dalam sebuah bekas. Gaul rata secara ambil setapak tangan hasil kisaran tepukan kepada  hasil kisaran yang terdapat dalam bekas.

4.  Ia sebenarnya cara masukkan udara dalam adunan bagi hasil vadei anda gebu dan lembut. Kalu anda buat tosei juga perlubuat cara ini dengan memukul tepung tosei itu. Masukkan kacang dal yang telah diasingkan tanpa kisar. Adunkan sama rata.

3. Ambil hasil pes campuran dan jadikan bulat dan leperkan di atas tapak tangan anda. Tentukan guna sarung tangan plastik dan basah sedkit dengan permukaan sarung tangan anda supaya pes kisaran tidak melekat di tapak tangan anda. Anda juga boleh lakukan dengan daun pisang.

 Nota:
-  Kalau anda tidak berpengalaman atau mahir, gunakan sudip yang telah rendam minyak dalam kuali. Letakan sudip ditepi gerigi minyak tolak masuk adunan itu dalam minyak panas dengan bantuan sudip satu lagi atau sudu).

4. Panaskan dan tentukan minyak gorengan boleh menenggelami “vadei”.  Minyak perlu cukup panas sebelum mulakan gorengan. Mulakan gorengan dengan api dapur yang sederhana. 

5. Kalau minyak tak cukup panas vadei anda akan bertaburan dalam minyak. Kalau api dapur atau minyak terlalu panas anda boleh kecil apa dapur untuk vadei masak sempurna.

6. Jangan goreng terlalu banyak kuantiti dalam kuali  kerana Ia akan menurunkan suhu minyak gorengan. Goreng 4 atau lima, dan tentukan ia tidak bertindeh di antara satu sama lain. 

7. Suhu minyak perlu dijaga sentiasa jika  tidak vadey anda bertabur dalam kuali atau pun hangus sebelum masak. Masa gorengan selalunya 5-6 minit vadey anda cukup masak dan garing. 

8. Vadei yang masak biasanya akan terapung naik ke atas dan buih-buih semakin kurangan melalui vadei.


P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen “ SAYA SHARE ” Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment