Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Monday 20 April 2015

Ketuk-Ketuk Ramadhan Rancangan Memasak Nombor 1 Di Malaysia.

Siapa yang tak kenal program tv1 yang hot lagi meletop gitu!! Ketuk-Ketuk.... Ramadhan, Alhamdullilah. Setiap tahun pastinya rancangan Ketuk-Ketuk Ramadhan mendapat sambutan menggalakan dan mempunyai peminat yang luar biasa. Lokasi memasak dibuat di pasar tani, dalam Tesco. Bergantung pada siapa yang menaja rancangan ini setiap tahun.

Ketuk-Ketuk Ramadhan 2015 kali ni diadakan dalam Tesco. Di samping masak-memasak, Sheila Rusly sebagai hos rancangan akan memperkenalkan produk-produk Tesco. Malah dijadikan hadiah buat pengunjung yang menyaksikan pada masa rakaman pengambaran Ketuk-Ketuk Ramadhan dibuat. Havoc dan sungguh meriah ketika rakaman ketuk-ketuk dijalankan di tesco, rugi sesiapa yang terlepas masa rakaman dijalakan, ada banyak hadiah diberikan. Soalan sangat simple je! Kacang!, kalau korang tak tahu pun tetap dapat hadiah.



Bahan-bahan untuk memasak Ketuk-Ketuk Ramadhan 2015 tahun ni ditaja oleh Saji. Rupa-rupanya ada banyak rangkaian produk Saji. Tidak lupa juga tudung yang dipakai oleh sheila rusly ditaja penuh oleh D'Haja, 30 helai koleksi disediakan untuk rakaman ketuk-ketuk ramadan pada kali ini, sesiapa berminat dengan tudung yang dipakai oleh sheila rusly boleh lah pm di page Resepi Sheila Rusly. nanti dulu jangan pm awal-awal kerana tudung ini akan dilancarkan pada ramadan ini, 30 koleksi dan hanya ada 30 helai sahaja bagi setiap koleksi tudung sheilaruslybyD'haja. Menarik bukan?.

                  
Sheila Rusly hos rancangan memasak Ketuk-Ketuk Ramadhan 2015
Haaaa... part ini yang menjadi keterujaan penonton menyaksikan rancangan memasak di TV1, Ketuk-Ketuk Ramadhan. Artis undangan! Hanya yang famous amos dijemput sebagai selebriti undangan rancangan memasak pada tahun ini. Artis suam-suam kuku rasanya tidak ada. Artis jemputan mesti meyediakan satu menu untuk dimasak pada rancangan KKR2015, sambil memasak Sheila Rusly akan tanya direct ke empunya badan, pasal gosip-gosip terkini. Jawapan sebenar, sah!! keluar dari mulut artist itu sendiri. Jadi terjawab la gosip-gosip yang selama ini anda baca di laman sosial itu betul atau pun tidak benar.

Bagi peminat setia menonton Ketuk-Ketuk Ramadhan ini setiap tahun, boleh on kan mode standby record rancangan ni guna Astro PVR. Memudahkan anda nak tengok bila-bila masa. Boleh tengok celoteh Sheila Rusly bersama artis jemputan. Malah boleh bagi idea untuk anda masakan bila berbuka puasa nanti. Apa pun Ketuk-Ketuk Ramadhan 2015 terbaik!! 



Penaja pada tahun ini ialah :

Main sponsor - Saji 
Tajaan lokasi - Tesco
Penaja lain yang terlibat
sheilaruslybyD'haja, dherbs terlajak laris, nouvelles visage, farghaly & radiglow

Jangan Lupa Follow Instagram (IG) Sheila Rusly
Page Official Sheila Rusly
Page Official Ketuk-Ketuk Ramadan.



Rakaman Ketuk-Ketuk Ramadan di Tesco Melaka Semalam, berapa ramai yang minat Abam Bocey Like sikit ;)
Posted by Resepi Sheila Rusly on Monday, April 20, 2015

                                          

No comments:

Post a Comment