Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Thursday 23 April 2015

BOLEH TRY BUAT SENDIRI KARIPAP PUSING


KARIPAP PUSING

Cara-cara

Bahan-bahan untuk KARIPAP PUSING:

1) =
  •  Doh minyak
  • 300gm tepung gandum
  • secubit garam
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air suam

    * Campurkan secubit garam ke dalam tepung. Curahkan minyak masak dan gaul mesra tepung dengan hujung jari. Sedikit demi sedikit masukkan air sambil tangan terus menguli sehingga mendapat doh yg tidak melekit di tangan.

                       

    2) =
    •  Doh marjerin
    • 150gm tepung gandum
    • 100gm marjerin...sila tambah sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg tak melekit di tangan.


    Penerangan mengenai cara buat KARIPAP PUSING

    1. Sediakan doh marjerin dan uli hingga berminyak
    2.sediakan doh minyak + air , di uli , biasanya doh minyak 2x lebih banyak drp doh marjerin
    3. Letak doh marjerin dalam doh minyak
    4. Balut doh , tutup keseluruhan doh marjerin dengan doh minyak.
    5.Canaikan doh.
    6.Potong doh yang di canai.
    7. Gulung doh
    8.canai sekali lagi
    9.Gulong doh kali ke 2
    10.Potong guna pisau doh yg di gulung akan menghasilkan pusaran sebegini, boleh canai dan bubuh inti karipap, kelim dan goreng,

                    

    Bahan-bahan untuk Inti KARIPAP PUSING:


    • - 4 biji kentang
    • - 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
    • - 2 ulas bawang putih (diketuk)
    • - 1 sudu rempah kari (dibancuh dengan 1 cawan air)
    • - 5 helai daun kari (tapi saya tak letak)
    • - 1 sudu serbuk bilis
    • - Secubit garam


    Cara Buat Inti KARIPAP PUSING:

    1. Kentang dikupas dan dipotong dadu.
    2. Rebus kentang hingga hampir empuk.
    3. Angkat, toskan dan ketepikan.
    4. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar dan bawang putih.
    5. Tumis hingga kekuningan.
    6. Masukkan rempah kari dan tumis hingga naik minyak.
    7. Masukkan serbuk bilis dan garam.
    8. Akhir sekali, masukkan kentang yg telah direbus tadi.
    9. Kacau sebati hingga kuah kering.
    10. Angkat dan ketepikan.

    P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

    Facebook Page : Resepi Sheila Rusly 
    Facebook Page : Ketuk-Ketuk Ramadan
    Follow INSTAGRAM (IG) Sheila Rusly : OFFICIAL INSTAGRAM

    Kalau Nak Share SILA Komen “SAYA SHARE” Mohon Kerjasama Terima Kasih.

    (Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

    Selamat mencuba <3 :)


                                               

    No comments:

    Post a Comment