Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Monday, 5 January 2015

CREAM PUFF COKLAT


Bahan2 :

1 cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
1 cawan air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1/2 cawan mentega tanpa garam
4 biji Telur

Caranya :

1. Ayak tepung dan serbuk koko.

2. Panaskan bahan-bahan yang lain kecuali telur sehingga mentega cair. Tutup api.

3. Masukkan campuran tepung sekali gus & kacau sehingga sebati.

4. Masukkan telur satu-persatu sambil di pukul. Pastikan adunan likat dan boleh dipaipkan. 

5. Masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle bintang dan paip di atas dulang pembakar yang telah di alas dengan kertas parchment / kertas minyak yang di gris.

6. Bakar 25 minit suhu 210C. Sejukkan.

7. Potong cream puff di bahagian tengah, paipkan dengan coklat ganache atau nutella. Boleh taburkan badam nib jika suka. Badam tersebut perlu dibakarkan terlebih dahulu sebelum tabur pada coklat ganache tersebut.

COKLAT GANACHE

Bahan2 :

100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat dicincang halus
1 sudu besar golden syrup
1 sudu teh paste vanila

Caranya :

Double boil cream jangan sampai mendidih, tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair angkat dan sejukkan.

Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tq
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba <3 :)


No comments:

Post a Comment