Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Friday 10 April 2015

PUDING LAPIS CENDOL.. ENAK, MANIS DAN SEGAR..

PUDING LAPIS CENDOL
     Satu lagi resepi pencuci mulut yang menyegarkan ketika dimakan sejuk.  Gabungan rasa cendol yang lemak bersantan bersama kemanisan gula merah. Memang sedap.  Dessert ini merupakan pilihan untuk minum petang bersantai bersama family.  
    Resepinya mudah dan ringkas pula cara membuatnya.  Boleh diberikan kepada jiran untuk mengeratkan lagi ikatan persahabatan.  Selamat mencuba.

PUDING LAPIS CENDOL

Bahan-bahan:-
10 gram serbuk agar-agar
1 liter air (lebih kurang 5 cawan)
1 cawan gula halus
1 cawan susu cair
2 cawan cendol
1 cawan gula merah..

Cara-cara:-
01.  Masakkan serbuk agar-agar gula dan sehingga mendidih..

02.  Bahagikan adunan kepada tiga bahagian.

03.  Panaskan 2/3 bahagian dan masukkan susu cair dan cendol.

04.  Masukkan dalam acuan dan biarkan hingga hampir keras.

06.  Panaskan 1/3 bahagian dan masukkan gula merah.

07.  Kacau Rata dan biarkan mendidih.. kemudian tapiskan.

08.  Masukkan dalam acuan yang berisi cendol tadi. Kemudian  sejukkan..


Sumber:-blogger

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen “ SAYA SHARE ” Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment