Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Tuesday 14 April 2015

KUIH LOMPANG.. MUDAH TETAPI BERBALOI...

KUIH LOMPANG
     Lama tak makan kuih lompang ni.  Mudah sebenarnya cara dan bahan untuk membuatnya. Anda nak tahu dari mana asal wujudnya nama lompang tu? Hehehe.. Selepas sahaja mengukus kuih lompang ni, akan terbentuk lubang pada bahagian tengahnya. 
     Itulah lompang. Jika kuih ni tak jadi lubang tu, bermakna tak menjadilah kuih lompang itu.. Mari cuba resepi mudah ni...  Selamat mencuba...

KUIH LOMPANG

Bahan-bahan:- 
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung ubi
1 sudu kecil air kapur
1 cawan gula pasir
2 cawan air
daun pandan
Pewarna pilihan
kelapa parut putih + secubit garam + daun pandan simpul - kukus kejap

Cara-cara:-
01.  Masukkan gula pasir dalam periuk kecil kemudian masukkan 1 cawan air bersama daun pandan. masak atas api kecil hingga gula larut. sejukkan sebentar.

02.  Satukan tepung beras dan tepung ubi dan tuang satu cawan air dan air kapur. gaul rata.

03.  Kemudian tuang air gula yang telah sejuk tadi. gaul hingga sebati.

04.  Tapis adunan.  Bahagikan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna. Tuang dalam acuan lompang yang telah di sapu ngan sedikit minyak.

05.  Kukus 10 minit atau hingga masak. bila dah masak kuih akan jadi berlubang di tengahnya.

06.  Hidang bersama kelapa parut yang di kukus tadi.

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen “ SAYA SHARE ” Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!

Show comments
Hide comments

2 comments: