Laman Social- Malaysia- Singapore- Brunei- Indonesia

Monday 6 April 2015

BUBUR MANADO YUMMY...

BUBUR MANADO
     Bubur manado merupakan makanan berciri khas dari suku masyarakat manado, Sulawesi, Indonesia. Hidangan berasaskan nasi dan sayuran ini telah di ubah dan ditambah dengan lauk seperti  ikan goreng @ ikan masin

     Bubur Manado merupakan hidangan lengkap sama seperti bubur lambuk di Malaysia.  Cuma berbeza rasa kerana di lebihkan campuran berbagai jenis sayuran. Jangan lupa mencuba bubur lazat ini..

BUBUR MANADO

Bahan :
500 gr. beras, cuci dan toskan
Air secukupnya
4 sdt garam
2 buah jagung, ambil bijinya
100 gr. daun belinjau muda
100 gr. daun bayam, cuci bersih
100 gr. daun kangkung, cuci bersih
200 gr. ubi keledek, potong dadu
300 gr. labu kuning, potong dadu
100 gr. keladi, potong dadu
2 ikat kacang panjang, potong 2 cm
50 gr. daun selasih
garam secukup rasa

Cara membuat:
01.  Masukkan air 3-5 cm di permukaan beras yang telah dicuci bersih. Rebus hingga setengah masak.

02.  Masukkan potongan labu kuning, jagung dan keladi, ubi keledek.

03.  Rebus kembali sampai masak.

04.  Kemudian masukkan satu persatu sayuran ke dalam bubur. Masak terus sampai seluruhya masak dan bubur cukup kental.

05.  Angkat dan siap dihidangkan.

Catatan: Biasa dihidangkan dengan ikan bakar, ikan asin goreng dan acar timun nenas.

Sumber: Google

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen “ SAYA SHARE ” Mohon Kerjasama tq
( Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Selamat mencuba!!!

No comments:

Post a Comment